Pelajar Malaysia Dapat Ugutan Bunuh

Adat permainan mesti ada yang menang atau kalah. Kemenangan Bola Sepak pasukan Malaysia dengan Indonesia masih dalam hangat dibicarakan. 

Sehingga ada pelajar Malaysia dapat ugutan bunuh di Indonesia gara-gara kekalahan pasukan bolasepak Indonesia kepada Malaysia dalam perlawanan akhir bolasepak sukan Sea 2011.
Menurut sumber yang di petik dari BH Online,Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: "Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran" di Jatinangor, Bandung.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan membuat laporan polis berkaitan perkara itu walaupun pengirim melalui akaun twitter itu memohon maaf atas tulisannya dalam Twitter.Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.Pemantauan akan dilakukan demi menjamin keselamatan pelajar di Bandung.

3 ulasan:

  1. eleyh xgoyang pon...cube try ckp kat twiter kat akhirat nanti?,amacam? ade bran x?

    BalasPadam
  2. ckp kt diorg...klu xleh nk terima kekalahan baik xyah masuk game tu...yg aku xtahan siap ada yg nangis...cm sipot r..yg pasti kita sbagai rkyat malaysia (espcially muslim)yg bertamadun, kita jaga tingkah laku samada prbuatan dan ucapan kita...tjukkan yg kita adlah masyarakat yg berakhlak...MALAYSIA BEST

    BalasPadam

8 Nov 2011