Kesombongan Membawa Kepada Kehinaan Di Dunia Dan Di Akhirat

Orang yang sombong (Ego) akan mendapat kehinaan di dunia ini berupa kejahilan, sebagai balasan dari perbuatannya. Perhatikanlah firman Allah SWT : "Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu)” (QS. Al-'Araf: 146)

Maksudnya, iaitu, Aku (Allah) halangi mereka dari memahami hujah-hujah dan dalil-dalil yang menunjukkan tentang keagungan-Ku, syari'at-Ku, hukum-hukum-Ku pada hati orang-orang yang sombong untuk ta'at kepada-Ku dan sombong kepada manusia tanpa alasan yang benar, sebagaimana mereka sombong tanpa alasan yang benar, maka Allah hinakan mereka dengan kebodohan (kejahilan). (Tafsir Ibnu Katsir 2/228)

Dan orang yang sombong di akhirat dihinakan oleh Allah SWT dengan mengecilkan saiz tubuh mereka sekecil semut dan kehinaan datang kepada mereka dari segenap penjuru , hal ini sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut:

"Orang-orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat seperti dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia, dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara neraka jahannam yang di sebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman dari kotoran penghuni neraka".
(HR. Tirmizi & Ahmad, dihasankan oleh Syeikh Al-Albani dalam Al-Misykat)

Ciri-ciri orang yang sombong :
• Mempunyai akhlak yang buruk
• Bila berbicara tiada adab
• Suka membesarkan2 diri
• Memandang serong orang lain
• Memandang rendah kelemahan org lain
• Menganggap diri no.1
• Kurang amal ibadat
• Mengejar keduniaan dengan meninggalkan akhirat ke belakang
• Suka mencari kesalahan orang lain
• Tidak boleh ditegur
• Hanya berkawan dengan orang yg setaraf

banyak lagi ciri-ciri yang tidak disebutkan di sini...sama-sama kita berdoa agar tidak termasuk dalam ciri-ciri tersebut di atas.

Kebodohan adalah sumber segala malapetaka
Allah sangat mencela orang-orang yang jahil dan orang-orang yang selesa dengan kejahilannya, Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal fikirannya). ” (QS. Al-Anfal:22)

Allah SWT menghina orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran dan tidak mahu mengatakan yang haq, sehingga orang tersebut tidak memahami ayat-ayat-Nya yang pada akhirnya menyebabkan dia menjadi seorang yang jahil dan tidak mengerti apa-apa; dan kejahilan itulah bentuk kehinaan bagi orang-orang yang sombong.

Astagfirullahalazim.

1 ulasan:

  1. kalau nak rujuk surah At-Tin boleh juga
    ayat 'sesunguhnya diciptakan manusia itu sebaik2 kejadian,lalu direndahkan mereka serendah2nya, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka pahala yang tidak henti2'
    boleh dibincang juga dalam topik sombong.
    sekadara berkongsi. salam

    BalasPadam

8 Nov 2011